TuJu Highway Navigation Apps

Pembangunan program lebuhraya pintar dibawah kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Prosignal Consortium Sdn. Bhd.

Get it on Google PlayDownload on the App Store
TuJu Super App

Mengenali TuJu Highway Navigation Apps

Selamat datang ke TuJu – "Teman Perjalanan Anda" untuk menerokai lebuh raya di Semenanjung Malaysia dengan pengalaman yang baharu. Sama ada anda memulakan perjalanan jauh, berulang-alik, atau sekadar ingin mengetahui keadaan jalan semasa, TuJu menyediakan maklumat penting di hujung jari anda.

Dengan TuJu, anda mendapat akses kepada rangkaian sumber data yang komprehensif dan digabungkan dengan teliti untuk memastikan ketepatan serta kebolehpercayaan. Sumber-sumber ini merangkumi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pengendali lebuh raya, sumbangan komuniti yang disahkan, serta data terkini daripada peranti pintar. Gabungan ini memastikan anda menerima kemas kini aliran trafik semasa, membantu anda membuat keputusan yang tepat tentang laluan dan perancangan perjalanan.

TuJu juga bukan sekadar mengemas kini info aliran trafik, ianya juga menerangkan lokasi kawasan rehat, stesen minyak, atau pilihan tempat makan sepanjang laluan anda. Tuju juga membantu menyediakan perkhidmatan kecemasan, penginapan, atau kemudahan yang lain. Tuju juga berintegrasi bersama myJalan bagi memudahkan pengguna melaporkan seberang kerosakan lampu isyarat, jalan dan kerosakan yang lain. TuJu berfungsi sebagai direktori jalan raya anda, memudahkan pencarian maklumat untuk menjadikan perjalanan lebih selamat, mudah dan menyenangkan.

Keistimewaan TuJu terletak pada komitmen terhadap penambahbaikan berterusan. Pasukan kami sentiasa mengemas kini dan menyediakan perkhidmatan agar aplikasi ini kekal sebagai "Teman Perjalanan Anda" yang boleh dipercayai.

Ciri-Ciri Utama TuJu Highway Navigation Apps

TuJu Highway Navigation Apps mengandungi pelbagai ciri-ciri moden yang akan membantu memudahkan pengguna jalanraya ketika menyelusuri lebuhraya. Ciri-ciri ini termasuk aspek kemampanan, keyakinan dan kesejahteraan dalam 6 nilai teras Malaysia Madani.

Navigasi
🔍
Navigasi

Laluan destinasi dengan maklumat ETA yang tepat

Pengawasan CCTV
🔍
Pengawasan CCTV

Akses kamera lebuh raya secara langsung

Caj Tol
🔍
Caj Tol

Pengiraan segera caj Tol di sepanjang perjalanan

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R)
🔍
Kawasan Rehat dan Rawat (R&R)

Carian dan info fasiliti di R&R dan hentian sebelah lebuh raya

Info Terkini
🔍
Info Terkini

Laporan trafik secara langsung daripada TMC LLM

Bantuan Kecemasan
🔍
Bantuan Kecemasan

Akses pantas kepada pengguna yang mengalami kerosakan/kemalangan di lebuh raya

Integrasi MyJalan
🔍
Integrasi MyJalan

Integrasi dengan MyJalan KKR untuk melaporkan sebarang kerosakan melibatkan jalan raya

Nantikan TuJu Highway Navigation Apps di Android Play Store dan Apple App Store

TuJu Highway Navigation Apps akan hadir di Android Play Store dan Apple App Store selepas sesi pelancaran rasmi dari pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia

Get it on Google PlayDownload on the App Store